Wednesday, November 5, 2008

Nak Tahu Rahsia Tandatangan Anda.....


Makna tersirat di sebalik tanda tangan:

1. Satu garisan di bawah tanda tangan
Seorang yang sangat yakin
Ada personaliti yang hebat
Agak mementingkan diri sendiri
Percaya bahawa kebahagiaan dalam hidup sangat perlu

2. Dua titik di bawah tanda tangan
Anda romantik
Mudah bertukar pasangan macam tukar baju
Memilih kecantikan (bagi lelaki)
Sentiasa berusaha untuk kelihatan cantik (bagi wanita)
Mudah menarik perhatian orang untuk berdamping

3. Satu titik di bawah tanda tangan
Anda kelihatan mudah dan tenang
Cepat hilang kepercayaan pada orang anda percayai apabila dikhianati

4. Tiada garisan/titik di bawah tanda tangan
Seronok dengan kehidupan
Ikut gaya dan cara sendiri
Kurang memberikan perhatian pada pandangan orang lain

5. Tanda tangan yang tiada kaitan dengan nama
Anda sentiasa berusaha supaya smart
Suka berselindung
Jarang mengambil pandangan orang lain sebagai panduan hidup
Yakin dengan kebolehan diri sendiri

6. Tanda tangan berasaskan ejaan nama tapi sukar nampak
Anda cerdik tapi kurang hendak berfikir
Anda cepat menukar pandangan dan idea

7. Tanda tangan huruf satu-satu, tidak bersambung
Seorang yang sangat prihatin
Tidak pentingkan diri sendiri
Sanggup berkorban apa saja untuk orang lain
Seorang pemikir
Seorang yang mudah serik

8. Tanda tangan ikut ejaan nama dengan huruf yang jelas
Seorang yang sangat baik
Boleh menyesuaikan diri dalam apa juga keadaan atau dengan siapa saja anda berurusan
Tegas dengan pendapat sendiri
Ada semangat yang tinggi

Tuesday, November 4, 2008

Mimik Muka Memberi 1001 Pengertian.....



Mimik muka kita mampu memberi 1001 pengertian...tapi adakala mimik yang terpancar tak mampu menafsir segala yang terbuku dihati...mungkin ia sekadar pura-pura untuk menutup segala kedukaan dan kesedihan...Namun mungkin juga ia memang nyata menggambarkan situasi sebenar apa yang ada di dalam. Hahahha...ntah pape je ninie bebelkan..tapi apa yang ninie nak sampaikan ninie memang suka buat mimik muka..peace!

Monday, November 3, 2008

Ninie kembali lagi....



Lama rasanya Ninie menyepi dari dunia blog nikan....kini Ninie kembali lagi..hehehheehhe apa yang menarik ingin Ninie kongsikan ek? Apa kata kita bicara mengenai kehidupan dan pilihan...apa yang nak dicerita kan ini tiada kaitan pun dengan yang hidup mahupun yang mati...sekadar suke suke memulakan bicara setelah lama menyepi...

Betul tak kalo dalam kehidupan ni memerlukan kita untuk membuat pilihan? Kadang-kadang kita rasa apa yang kita pilih tu betul, tapi setengah jalan kita tak pasti akan kebenaran itu...dan disitulah memerlukan kita membuat pilihan...untuk meneruskan atau beralih arah...

Dan dikala ingin membuat pilihan....di situlah timbul penyesalan dan kasihan..perlukah kita beralih pandangan atau teruskan kehidupan dengan apa yang telah kita pilih meskipun hati menangis kesedihan....nak beralih arah rasa kasihan, nak meneruskan bagai satu penyiksaan....

hahhahahah....terpulang kepada setiap individu untuk membuat pilihan dan mencari jawapan..yang penting fikirkan yang terbaik, lakukan yang terbaik pasti hasilnya juga terbaik....