Wednesday, November 5, 2008

Nak Tahu Rahsia Tandatangan Anda.....


Makna tersirat di sebalik tanda tangan:

1. Satu garisan di bawah tanda tangan
Seorang yang sangat yakin
Ada personaliti yang hebat
Agak mementingkan diri sendiri
Percaya bahawa kebahagiaan dalam hidup sangat perlu

2. Dua titik di bawah tanda tangan
Anda romantik
Mudah bertukar pasangan macam tukar baju
Memilih kecantikan (bagi lelaki)
Sentiasa berusaha untuk kelihatan cantik (bagi wanita)
Mudah menarik perhatian orang untuk berdamping

3. Satu titik di bawah tanda tangan
Anda kelihatan mudah dan tenang
Cepat hilang kepercayaan pada orang anda percayai apabila dikhianati

4. Tiada garisan/titik di bawah tanda tangan
Seronok dengan kehidupan
Ikut gaya dan cara sendiri
Kurang memberikan perhatian pada pandangan orang lain

5. Tanda tangan yang tiada kaitan dengan nama
Anda sentiasa berusaha supaya smart
Suka berselindung
Jarang mengambil pandangan orang lain sebagai panduan hidup
Yakin dengan kebolehan diri sendiri

6. Tanda tangan berasaskan ejaan nama tapi sukar nampak
Anda cerdik tapi kurang hendak berfikir
Anda cepat menukar pandangan dan idea

7. Tanda tangan huruf satu-satu, tidak bersambung
Seorang yang sangat prihatin
Tidak pentingkan diri sendiri
Sanggup berkorban apa saja untuk orang lain
Seorang pemikir
Seorang yang mudah serik

8. Tanda tangan ikut ejaan nama dengan huruf yang jelas
Seorang yang sangat baik
Boleh menyesuaikan diri dalam apa juga keadaan atau dengan siapa saja anda berurusan
Tegas dengan pendapat sendiri
Ada semangat yang tinggi

Tuesday, November 4, 2008

Mimik Muka Memberi 1001 Pengertian.....



Mimik muka kita mampu memberi 1001 pengertian...tapi adakala mimik yang terpancar tak mampu menafsir segala yang terbuku dihati...mungkin ia sekadar pura-pura untuk menutup segala kedukaan dan kesedihan...Namun mungkin juga ia memang nyata menggambarkan situasi sebenar apa yang ada di dalam. Hahahha...ntah pape je ninie bebelkan..tapi apa yang ninie nak sampaikan ninie memang suka buat mimik muka..peace!

Monday, November 3, 2008

Ninie kembali lagi....



Lama rasanya Ninie menyepi dari dunia blog nikan....kini Ninie kembali lagi..hehehheehhe apa yang menarik ingin Ninie kongsikan ek? Apa kata kita bicara mengenai kehidupan dan pilihan...apa yang nak dicerita kan ini tiada kaitan pun dengan yang hidup mahupun yang mati...sekadar suke suke memulakan bicara setelah lama menyepi...

Betul tak kalo dalam kehidupan ni memerlukan kita untuk membuat pilihan? Kadang-kadang kita rasa apa yang kita pilih tu betul, tapi setengah jalan kita tak pasti akan kebenaran itu...dan disitulah memerlukan kita membuat pilihan...untuk meneruskan atau beralih arah...

Dan dikala ingin membuat pilihan....di situlah timbul penyesalan dan kasihan..perlukah kita beralih pandangan atau teruskan kehidupan dengan apa yang telah kita pilih meskipun hati menangis kesedihan....nak beralih arah rasa kasihan, nak meneruskan bagai satu penyiksaan....

hahhahahah....terpulang kepada setiap individu untuk membuat pilihan dan mencari jawapan..yang penting fikirkan yang terbaik, lakukan yang terbaik pasti hasilnya juga terbaik....

Tuesday, July 8, 2008

Bola Jaring Seniman @ Padang HKL...cool dude!




Pertandingan Bola Jaring Sempena Hari Seniman, yang diadakan di padang HKL..agak meriah dengan team team yang gempak, hebat dan kecohnyer..seperti biasa kami akan menang gaya..kekekke. uik tapi bukan kerana tak hebat main bola jaring k (semua main gempak beb!) tapi tada rezeki daaa.....yang wakil KLfm saya lah Ninie, dj Mimie dan juga, kak Azah (hebat dorang ni, kasi shoot bola dari jauh jer)

Monday, July 7, 2008

Cerita tentang KATA..



Dj..dj..dj...kalo sebut dj memang satu kerjaya yang ninie nak cebur sejak kecik lagi. Kalo orang tanya kenpa, ninie akan jawab 'JIWA"! bab bercakap memang no 1...tapi itu kalo dah dapat line, dah kene gaya, dah mula panas maka akan bercakap la tanpa batasan..takyah tanya pun dah cita..Kalo orang lain baru kenal mesti kata ninie sombong, senyap, sepi..TAK! ninie ni kene tengok keadaan dan sesuaikan suasana dan gaya..takmola main cakap jer..takut kata kata bole mengguriskan pihak lain...bagi sesiapa yang jumpa dan kenal ninie, jangan kata ninie sombong ok..ingat, tak kenal maka tak cinta! yipieyea...

FOTO BOLING SENIMAN 2008 3

WA HA HA... POSING TIME... KALAH BERMARUAH... TEAM BOLING KLFM KALAH BOLING ,... MENANG POSING....KASI BRO

FOTO BOLING SENIMAN 2008 2

Suke je nak sibuk kat team dorang...team mereka hebat!! Ninie memang aneh, nampak orang pegang kamera maka dengan pantasnya akan menyelitkan diri..main tak seberapa tapi posing memang lebih ninie ni...FROM LEFT..PAPARAY,DJ DAVE,AIN,KZIE, NOREEN, ANDY and ME.....

FOTO BOLING SENIMAN 2008 1

WAKA KA KA... baru je niat nak bergambar sambil melentok kan kepala besama ND..tiba tiba ada saja toyol yang menyelit di belakang (seperti biasa kzie ler!) ND~NINIE~KZIE

Gaya menang sorak Bowling Seniman @SUNWAY PYRAMID





Waktu Bowling Seniman di Sunway Pyramid..disebabkan lambat sangat menunggu(bukan mula lewat, tp smp awal) maka kami pun mulakanlah operasi tangkap gambar sendiri...takde segan, takde silu..itu memang hobi saya...kekkekeke..sesungguhnya ninie kalah yang dasat di hari itu (memang tak hebat main bowling pun) tapi tara hal punya..menang gaya, menang sorak sudah! Tapi apa yang bermakna ialah semangat sepasukan tu lebih beharga dari menang atau kalah..tak kisah la rakan se team tu hebat atau tidak, sokongan sesama sendiri tu lebih berharga...yipieyipieyea....


I LuRve My SeLf!!!

Sebenarnya kita manusia ni belum tentu kenal dengan diri kita sepenuhnya...tapi kalo ada yang memang dah kenal diri mereka sedalamnya, memang anda hebat!! bagi ninie, tak kenal sepenuhnya lagi...ok nak cita serba sedikit apa yg ninie tahu pasal diri ninie untuk dikongsi bersama semua di luar sana...
NaMa Dlm ic ~ Fadzlaini Bt Ibrahim
Nama aneh ~ NoNeNg: Itik : NiNie

TariKh Tgk Bumi ~ 22 feb 1983

Tempat Petama Tgk Bumi ~ Johor Bahru

Umah Katne? ~ SuBang Jaya

Education ~ Degree in Mascomm (PR), Dip. In Info Mgt

MiNat ~ Membaca: SuShi: My Katak: Choc:
emm...banyak sgt pulok dah mempromo kan diri ni..buat masa ni tu jela kot. kalo ada pape nak tau, tanya jela..tak jadi masalah nak jawab pun...ninie sangat sangat baru di KLfm ni, harap sangat semua pendengar terima dan sudi beri tunjuk ajar...