Wednesday, February 18, 2009

@ Tasik Titiwangsa ( Hari kedua) ~ Hari Wilayah Persekutuan ke 35













1 Feb 2009 merupakan hari kedua pulok....heheheh baju telah bertukar menjadi lebih formal kerana harini Paklah, Dato' Bandar akan dtg singgah sebentar ke booth KLfm untuk potong pulot kuning....jangan main-main pulok kuning itu sgt enak bersama rendangnya...ninie makan sampai kenyang n rasa ngantok gila pulok...wah hebatnya!

Seperti semalam, tengahari je ujan lebat pulok...tapi ninie lapo sgt waktu ni, g layan kan diri makan beehoon sup perut usus...perghh layan betol laaa...bayangkan diwaktu hujan lebat, dapat hirup sup perut yang enak...ehhh tiba-tiba semangat sup pulok....

Petang tu kul 3 ptg ninie konti dr konti sementara...best gak la..dengan tetamu undangan artis zouffi, cheff Yang Jamil yang buat demo di booth kami, zack kool, Awang BPR, dj pool telah ninie temuramah...gamat jugak la suasana kat konti sementara..papepun sume memang best banget...wah hebatnya!

Konsert mini Awan dari Kl ke Gaza yang bermula jam 5.30 petang sgt lancar...bole tahan jugakla yang dtg tengok...hehhehehe dengan persembahan semangat dr mereka yg luahkan perasaan melalui puisi...wah hebatnya!!!

Tapi apapun sokongan pendengar, sahabat dan pengunjung tak dapat dinafikan...itu yang membuatkan kami terus semangat....cayalah!

Corat-Coret Sepanjang di Taman Tasik Titiwangsa ( Hari pertama) ~ Hari Wilayah Persekutuan Yang ke 35






Hari pertama 31 Januari 2009, semua program berjalan lancar...walaupun hujan turun lebat jugaklaaa tengahari tuh, tapi bila dah benti semua program bersambung kembali tanpa sebarang masalah...masa hujan tuh, tapak klfm ni bagaikan takunagn air pulok...sume org kene naikkan seluar...huhuhuhu adalah jugak gaya mcm nak pegi sawah padi...tara hal punyo..asalkan segalanya berjalan seperti yang dirancang..

Sokongan dari sahabat, pendengar, dan pengunjung memang memberansangkan..hehehehhehe kalian memang hebatlah! Wah hebatnya!!!! Tapi nanti dulu, tu baru hari pertama...ada lagi kisah hari kedua pulok..teruja ni nak jumpa Pak lah....tgk konsert mini awan...huuhuhhuuu tunggu jap corat coret esok 1 feb pulok!




Friday, January 30, 2009

Apa Rahsia KUKU anda yerk????





Bentuk kuku kita memiliki makna yang berbeza. Bagaimanakah bentuk kuku kawan baik, pasangan atau diri anda? Kenalilah wataknya…

1. Kuku yang baik, rapi dan indah :
Menunjukkan watak orang yang halus perasaannya. Bentuk kuku seperti ini jarang dimiliki orang yang bertubuh besar dan kuat.





2. Bentuk kuku pendek tetapi lebar :
Biasanya orang yang memiliki kuku yang seperti ini memiliki sikap yang praktis dan cekap dalam ilmu, otaknya cerdas dan ingatannya tajam. Orang yang memiliki kuku yang seperti ini sukakan muzik dan lagu.

3. Bentuk kuku yang agak panjang dan berwarna pucat :
Menunjukkan orang tersebut terlalu banyak rancangan dan cakap, tetapi tidak membuat sebarang kerja sehingga sering mengelamun melayani perasaan. Ia juga agak malas dan kalau ia melakukan sebarang kerja sering dalam keadaan ragu-ragu.

4. Bentuk kuku sedang dan warna merah sedikit :
Menunjukkan pemiliknya mempunyai motivasi yang baik dalam pekerjaan, selalu menjaga kebersihan dan memiliki rasa persaudaraan yang tinggi.

5. Bentuk kuku bersegi tetapi rata :
Biasanya orang ini memiliki sifat yang kurang pandai bergaul, sedikit kewibawaan, tidak mudah menjadi kaya dan kurang pengetahuan.

6. Bentuk kuku langsing :
Orang yang memiliki bentuk kuku ini biasanya halus budi pekertinya tetapi sering merasa was-was, mudah ditimpa malang dan kurang berwibawa.

7. Bentuk kuku panjang bulat berwarna kuning :
Bentuk kuku seperti ini menandakan pemiliknya orang yang jujur, sabar, pandai , tinggi darjatnya dan boleh hidup mulia dengan anak isterinya.

8. Bentuk kuku runcing kebawah atau seperti biji timun :
Menunjukkan orang yang memiliki kuku seperti ini sering was-was, bodoh, mudah diserang penyakit, mudah terkejut dan tak kuat bekerja.

9. Bentuk kuku runcing tetapi besar dan tebal :
Biasanya orang yang memiliki kuku yang seperti ini memiliki sifat keras dengan pendiriannya, sering berpindah randah tempat tinggalnya, suka berjalan jauh dan suka berkahwin atau suka bertukar pasangan hidup.

10. Bentuk kuku bersegi bahagian bawah sedikit runcing :
Menunjukkan orang yang memiliki kuku seperti ini tidak memiliki kewibawaan, bodoh dan kalau bekerja hanya diperingkat rendah sahaja.

11. Bentuk kuku besar dan banyak garisan :
Biasanya orang yang memiliki kuku yang seperti ini biasanya akan menjurus pada susah dan sering berdepan dengan bahaya. Tetapi garisan tersebut tidak selama-lamanya kelihatan di kuku. Kalau garis tersebut sudah hilang dan kelihatan bersih menandakan orang itu akan memperolehi berkat.

12. Bentuk kuku yang banyak seratnya (serabut) :
Menandakan jika orang tersebut sering ditimpa kesusahan jauh dari sanak keluarga boleh mati di sebarang tempat.

13. Bentuk kuku seperti kikir :
Bila seseorang memiliki bentuk kuku seperti ini menandakan kemungkinan orang itu akan memperolehi halangan yang besar atau akan memperolehi bahaya.

14. Kuku yang banyak titik-titiknya di bahagian bawah kelihatan hitam :
Kedudukan kuku seperti ini memberi suatu petanda bahawa orang tersebut dalam situasi bahaya besar yang boleh juga membawa kematiannya

Kenalilah diri anda melalui TARIKH LAHIR.....

-Kalau anda dilahirkan pada 1Hb, 10Hb, 19Hb, 28Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.1
-Kalau anda dilahirkan pada 2Hb, 11Hb, 20Hb, 29Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.2
-Kalau anda dilahirkan pada 3Hb, 12Hb, 21Hb, 30Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.3
-Kalau anda dilahirkan pada 4Hb, 13Hb, 22Hb, 31Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.4
-Kalau anda dilahirkan pada 5Hb, 14Hb, 23Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.5
-Kalau anda dilahirkan pada 6Hb, 15Hb, 24Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.6
-Kalau anda dilahirkan pada 7Hb, 16Hb, 25Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.7
-Kalau anda dilahirkan pada 8Hb, 17Hb, 26Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.8
-Kalau anda dilahirkan pada 9Hb, 18Hb, 27Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.9

no.1—
-Anda sangat cerdik, jujur, lucu, degil, rajin, terus-terang, cemburu dalamasas pertandingan, baik hati, peramah dan autoriti. Anda ingin mendahuluidalam apa jua keadaan. Anda seorang yang berdikari, berkeyakinan dan tidakpernah berada di bawah pimpinan orang lain. Anda akan bercinta dalam usiayang muda tapi akan berkahwin pada usia yang matang. Anda tidak suka akanorang yang bertentangan pendapat dengan anda. Malah anda juga menyimpandendam dengan orang yang bersalah dengan anda. Anda seorang yang kuatbelanja. Pada masa hadapan anda adalah professional dalam kerjaya yang andaceburi. Namun terdapat juga orang yang kecil hati dengan pencapaian anda.Anda mempunyai keluarga yang bahagia. Pasangan ideal anda adalah no.4, 6, 8.

no.2—
-Tak kira apa pun, anda akan disukai oleh semua orang kerana andaberperanankan Bulan dan semua orang suka akan bulan. Em….bagus! Anda sukabermimpi siang. Anda kurang berkeyakinan terhadap diri sendiri. Jadi andperlu membuat perubahan ke atas hidup anda. Anda adalah seorang yang sukardiramal kerana anda membuat perubahan berdasarkan masa dan keadaan. Andajuga seorang yang mementingkan diri sendiri tetapi and mempunyai bakat dalammuzikal, seni dan komunikasi lisan. Sikap anda seperti bulan yang datangkeredupan dan pudar jadi semua orang boleh mengetahui perubahan anda. Andaboleh menjadi Mahatma Gandhi yang kedua kerana cinta akan keamanan. Andajuga seorang yang bertanggungjawab dalam keluarga. Pasangan ideal andaadalah no.2, 5, 9.

no.3—
-Anda adalah seorang yang berhati keras, pentingkan diri sendiri, kuat agamadan suka untuk mempertingkatkan kehidupan sendiri. Anda mempunyai masalahkeluarga dan anda dapat mengharungi dengan kesabaran anda. Anda sangatpandai bercakap, wajah yang cantik, jadi ke mana saja anda pergi anda akandapat apa yang anda inginkan. Daripada hari lahir anda, anda perlu berkerjakeras untuk berjaya. Anda juga seorang yang menghormati orang yang lebih tuadaripada anda. Bukannya senang nak menjalinkan hubungan sama ada percintaan,kekeluargaan atau persahabatan. Sekiranya anda suka akan sikap seseorangitu, maka hubungan itu akan berpanjangan. Anda suka akan kebebasan, penciptadi mana ada anda akan membawa harapan, kegembiraan dan keceriaan ke duniaini. Pasangan ideal anda adalah no.6, 9.

no.4—
-Anda adalah seorang yang amat degil dan rajin. Mungkin anda akan menjauhkanorang lain daripada anda kerana kata-kata anda. Anda seorang yang bertimbangrasa akan masalah orang lain. Anda berbakat dalam penyelidikan dan seni.Anda akan membantu ahli keluarga atau kawan-kawan yang menghadapi masalahtanpa berfikir panjang. Anda kena berhati-hati dengan orang sekeliling andakerana mereka mungkin akan mempergunakan anda. Kawan-kawan anda akanmenghabiskan masa dan wang ringgit anda dan selepas itu menjauhi daripadaanda apabila anda dah tak ada nilai buat mereka lagi. Walau bagaimanapunanda tetap seorang yang sabar dan tegas. Pasangan ideal anda adalah no.1, 8.

no.5—
-Anda sangat popular dalam komuniti. Anda boleh menyelesaikan sesuatu perkarahanya secara lisan. Anda mempunyai akal fikiran dalam menjalani perniagaan.Namun anda terlalu terburu-buru. Anda adalah seorang yang humor di kalangankawan-kawan dan ahli keluarga. Kawan-kawan dan ahli keluarga anda juga akanminta bantuan anda apabila mereka memerlukan bantuan. Anda bukan seorangyang setia dalam hubungan percintaan. Anda suka perubahan dan kebebasan.Anda mempunyai ciri-ciri seorang pengembara dan ahli silap mata. Andamempelajari hidup melalui pengalaman. Pasangan ideal anda adalah no.1 , 2,9.

no.6—
-Anda dilahirkan untuk menikmati hidup ini. Anda tidak pedulikan apa-apaperkara dan hanya ingin berseronok dalam hidup anda saja. Anda sangat pandaidalam pelajaran dan pengurusan perniagaan. Anda seorang genius, baik hati(tapi hanya orang yang beranggapan anda orang baik), mempunyai paras rupayang cantik atau kacak. Semua benda yang baik akan datang pada anda. Andamengambil berat ke atas ahli keluarga dan kawan-kawan anda. Pada pandanganmereka, anda adalah seorang yang murah hati, peramah, adil saksama danmempunyai penilaian yang tajam. Pasangan ideal anda adalah no.1, 3, 9.

no.7—
-Anda mempunyai daya tarikan kepada sesiapa saja. Anda adalah seorang yangrealistik, yakin, gembira dan merupakan seorang yang genius dalam bidangpendidikan, muzik, seni dan nyanyian. Anda mempunyai masalah sikap iaitupanas baran. Namun demikian, anda banyak melakukan pengorbanan untukkeluarga. Anda meletakkan keluarga di tempat yang amat tinggi sekalisehingga kadang-kadang mengabaikan kebahagian diri sendiri. Anda telahdilahirkan untuk memberi sumbangan kepada dunia ini. Jadi anda seorang yangbagus dan seorang yang amat gembira. Pasangan ideal anda adalah no.2.

no.8—
-Anda mempunyai personaliti yang sangat kuat jadi tak ada orang yang memahamianda. Kepakaran anda hanyalah menuding jari pada sesuatu benda.. Anda jugamengalami pelbagai dugaan dalam hidup. Semua masalah ini telah menjadikananda lebih kuat dan tabah. Anda memperjuangkan keadilan. Kebanyakan masaanda telah dihabiskan bersama-sama dengan kawan-kawan. Anda seorang yangdisiplin dalam hidup, tidak putus asa dan berani. Faktor-faktor ini telahmembawa anda ke puncak kejayaan. Anda juga adalah seorang ahli pasukan,keluarga dan pejuang yang sangat bagus. Pasangan ideal anda adalah no.1, 4.

no.9—
-Anda adalah seorang yang sangat tabah dari segi fizikal dan juga mental.Anda mempunyai penilaian yang sangat tajam. Anda juga adalah seorang yangsangat dihormati dalam komuniti. Anda adalah orang yang boleh menerimacabaran dan berjaya dalam apa jua yang anda buat. Pada usia yang muda andaselalu bertentangan dengan ibu bapa anda. Tapi apabila usia anda telahsemakin meningkat anda adalah seorang anak yang taat dan hormati mereka.Anda sesuai menceburi bigan kejuruteraan atau perbankan kerana orang lainpercaya dan yakin akan anda. Anda merupakan model teladan kepada orang lain.Pasangan ideal anda adalah no. 3, 5, 6.

Wednesday, November 5, 2008

Nak Tahu Rahsia Tandatangan Anda.....


Makna tersirat di sebalik tanda tangan:

1. Satu garisan di bawah tanda tangan
Seorang yang sangat yakin
Ada personaliti yang hebat
Agak mementingkan diri sendiri
Percaya bahawa kebahagiaan dalam hidup sangat perlu

2. Dua titik di bawah tanda tangan
Anda romantik
Mudah bertukar pasangan macam tukar baju
Memilih kecantikan (bagi lelaki)
Sentiasa berusaha untuk kelihatan cantik (bagi wanita)
Mudah menarik perhatian orang untuk berdamping

3. Satu titik di bawah tanda tangan
Anda kelihatan mudah dan tenang
Cepat hilang kepercayaan pada orang anda percayai apabila dikhianati

4. Tiada garisan/titik di bawah tanda tangan
Seronok dengan kehidupan
Ikut gaya dan cara sendiri
Kurang memberikan perhatian pada pandangan orang lain

5. Tanda tangan yang tiada kaitan dengan nama
Anda sentiasa berusaha supaya smart
Suka berselindung
Jarang mengambil pandangan orang lain sebagai panduan hidup
Yakin dengan kebolehan diri sendiri

6. Tanda tangan berasaskan ejaan nama tapi sukar nampak
Anda cerdik tapi kurang hendak berfikir
Anda cepat menukar pandangan dan idea

7. Tanda tangan huruf satu-satu, tidak bersambung
Seorang yang sangat prihatin
Tidak pentingkan diri sendiri
Sanggup berkorban apa saja untuk orang lain
Seorang pemikir
Seorang yang mudah serik

8. Tanda tangan ikut ejaan nama dengan huruf yang jelas
Seorang yang sangat baik
Boleh menyesuaikan diri dalam apa juga keadaan atau dengan siapa saja anda berurusan
Tegas dengan pendapat sendiri
Ada semangat yang tinggi

Tuesday, November 4, 2008

Mimik Muka Memberi 1001 Pengertian.....



Mimik muka kita mampu memberi 1001 pengertian...tapi adakala mimik yang terpancar tak mampu menafsir segala yang terbuku dihati...mungkin ia sekadar pura-pura untuk menutup segala kedukaan dan kesedihan...Namun mungkin juga ia memang nyata menggambarkan situasi sebenar apa yang ada di dalam. Hahahha...ntah pape je ninie bebelkan..tapi apa yang ninie nak sampaikan ninie memang suka buat mimik muka..peace!

Monday, November 3, 2008

Ninie kembali lagi....



Lama rasanya Ninie menyepi dari dunia blog nikan....kini Ninie kembali lagi..hehehheehhe apa yang menarik ingin Ninie kongsikan ek? Apa kata kita bicara mengenai kehidupan dan pilihan...apa yang nak dicerita kan ini tiada kaitan pun dengan yang hidup mahupun yang mati...sekadar suke suke memulakan bicara setelah lama menyepi...

Betul tak kalo dalam kehidupan ni memerlukan kita untuk membuat pilihan? Kadang-kadang kita rasa apa yang kita pilih tu betul, tapi setengah jalan kita tak pasti akan kebenaran itu...dan disitulah memerlukan kita membuat pilihan...untuk meneruskan atau beralih arah...

Dan dikala ingin membuat pilihan....di situlah timbul penyesalan dan kasihan..perlukah kita beralih pandangan atau teruskan kehidupan dengan apa yang telah kita pilih meskipun hati menangis kesedihan....nak beralih arah rasa kasihan, nak meneruskan bagai satu penyiksaan....

hahhahahah....terpulang kepada setiap individu untuk membuat pilihan dan mencari jawapan..yang penting fikirkan yang terbaik, lakukan yang terbaik pasti hasilnya juga terbaik....